Make your own free website on Tripod.com

laman_nurani_05350.gif

Home | Peribadi | Tazkirah | Kisah dan Teladan | Sudut ICT | Resepi | Diskusi

resepi_resep_06540.gif

 

Saya gemar memasak. Disini saya sediakan ruangan resepi untuk berkongsi dengan semua resepi kegemaran keluarga saya. Sekiranya pembaca berminat untuk berkongsi resepi dengan saya, sila e-mail kan saya di alamat ros_alang@yahoo.com

Nasi ayam Ros

 Bahan-bahan nasi

3 pot beras

air rebusan ayam secukupnya

2 sudu mentega

1 inci halia - dititik

2 ulas bawang putih - dititik

2 helai daun pandan

 

Cara membuat

Beras dibersihkan dan ditoskan. Cairkan mentega atas api yang sederhana. Masukkan halia, bawang putih dan daun pandan sehingga wangi. Kemudian masukkan air rebusan ayam secukupnya. Apabila air mendidih, masukkan beras dan tunggu sehingga masak.

 

Bahan-bahan ayam

Ayam 1 ekor yang telah siap direbus

1 sudu kecil debu kunyit

Kicap cair

 

Cara : Ayam yang telah direbus tadi diperap dengan bahan di atas kemudian digoreng sekejap di atas api yang sederhana

 

Bahan-bahan sup

Air rebusan ayam

daun sup

bawang goreng

halia

bawang putih

 

Cara membuat:

Masakkan air rebusan ayam. Masukkan semua bahan sup. Untuk lebih enak, tambahkan dengan perasa, garam dan lada sulah

 

Cubalah di rumah anda. Insyaallah, anda akan berpuas hati. Anak anda  suka, suami pun setuju!

love_007.gif